[: : Transformasi RamadHan : :]

by - 15.27

      Alhamdulillah atas nikmat sihat dan nikmat masa yang dihulurkanNya, dapat aku bertemu dengan Ramadhan Mu..
Moga pertemuan ku dengan bulan mulia Mu ini dapat memberi aku seribu makna dan sejuta rasa CINTA ku hanya untuk Mu dan kekasih agung Mu, Muhammad Rasulullah..amin.
Sedetik aku dihidupkan untuk bertemu bulan mulia ini, sejuta syukur aku panjatkan..
Biarpun aku tidak mengerti perasaan insan lain bertemu dengan Ramadhan Kareem ini, namun aku harap Kau Rahmati dan Berkatilah aku & keluargaku dan kurniakan kami hadiah dan nikmat seperti mana Kau hadiahkan kepada orang2 SOleh..
Ya Allah.. andai aku mampu menolak kelahiranku ke dunia, pasti tidak ku mahu lahir ke dunia..kerana besar dugaanNya.. Namun, aku tahu perancangan Mu untuk aku adalah terBAik buatku.. Jangan biarkan aku jauh dariMu.. sedetik pun aku tidak mahu..
Andai kematian itu ku pinta, jauhlah diriku dariMu.. nauzubillah.. detik2 kematian itulah yang menghimpitku dan mengingatkanku tentang pedihnya balasan atas khilaf dan dosa2ku.. Astaghfirullahal'azim..
Ya Allah.. terima kasih masih menemukan aku dengan bulan Ramadhan yg mulia ini. Aku berharap moga aku, keluargaku, guruku, sahabat2ku mampu menjadi insan yang lebih bertaqwa kepadaMu dengan melatih diri dan beristiqamah bermulanya detik 1 Ramadhan 1432H kali ini..
terima kasih juga Ya Rabbi.. kerana sentiasa menyayangi hambaMu ini.. tanpa Mu dan CINTA Mu, tiada erti aku di dunia ini.. sambutlah kehambaanku, moga segala yg berlaku mendekatkan lagi diriku kepadaMu.. moga Ramadhan Mu ini juga mengubah aku menjadi insan yg hakiki..


SALAM RAMADHAN KEPADA SEMUA!
MAAF KU PINTA BUAT KESALAHAN2 YANG AKU SEDAR MAHUPUN TIDAK SEDAR
SEMOGA IBADAH2 YANG KITA JALANKAN MENDAPAT RAHMAT DARINYA


::wAllahua'alam::

You May Also Like

0 komentar